Copyright 2018 - Institute for Health Systems Research - Ministry of Health MALAYSIA

Latar belakang

Penyelidikan dalam sistem kesihatan merupakan satu bidang penyelidikan yang memberi tumpuan kepada fungsi sistem kesihatan itu sendiri, termasuk di peringkat individu, organisasi, institusi, dan juga hubungan kompleks antara organsisasi dan sistem kesihatan secara keseluruhan. Penyelidikan dalam bidang ini membantu dalam memberi bukti saintifik kepada penggubal dasar dan pengurus kesihatan di setiap peringkat, bagi membantu mereka membuat keputusan dalam bidang kesihatan berdasarkan bukti yang diberi.

Dalam mengurangkan jurang penyelidikan sistem kesihatan di Malaysia, IPSK telah diasaskan sebagai sebuah Unit di bawah Institut Kesihatan Awam (IKU) sebelum berkembang menjadi sebuah Bahagian. Seterusnya, IPSK telah diiktiraf sebagai sebuah institut pada tahun 2002. IPSK berpusat di IKU sehingga April 2005, di mana ia telah mendapat tapak bangunannya sendiri.

Pada masa kini, IPSK mengandungi 7 bahagian, termasuk Bahagian Kajian & Analisis Dasar Kesihatan, Bahagian Penyelidikan Kualiti Kesihatan, Bahagian Penyelidikan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan, Bahagian Penyelidikan Impak Kesihatan, Bahagian Penyelidikan Ekonomi Kesihatan, Bahagian Statistik Perubatan Pengurusan Data dan ICT, serta Pentadbiran.

IPSK merupakan salah sebuah institut di bawah naungan National Institutes of Health (NIH). IPSK telah diiktiraf sebagai Pusat Kolaborasi WHO bagi Penyelidikan Sistem Kesihatan pada tahun 1988 dan sejak itu, pengiktirafan tersebut diperbaharui dan dikekalkan setiap empat tahun. Pada 2001, IPSK telah menerima pengiktirafan tambahan setelah dilantik sebagai Pusat Kolaborasi WHO bagi Penyelidikan Sistem Kesihatan dan Penambahbaikan Kualiti (WHOCC), dan pelantikan ini dikekalkan sehingga tahun 2016.

Pengiktirafan ini seterusnya menjadikan penempatan Sekretariat Quality Assurance Kebangsaan untuk program QA KKM di bawah IPSK. Tugas utama sebagai Sekretariat adalah menjadi sebuah pusat koordinasi dalam pembangunan Program Quality Assurance di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada September 2010, IPSK menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 atas usaha meningkatkan kualiti dalam  penyelidikan, konsultansi dan latihan.

IPSK memainkan peranan penting dalam membantu proses membuat keputusan di pelbagai peringkat, terutamanya di peringkat polisi di dalam dan luar KKM. IPSK beriltizam untuk mengukuhkan peranan ini dengan meningkatkan keupayaan dalam Knowledge Translation (KT), menjadikan KT sebagai sebuah medium bagi penyelidik dan pihak berkaitan untuk mengaplikasikan pengetahuan dengan lebih lanjut.

 

f t g m
Tarikh Dikemaskini
  • Waktu Akhir Dikemaskini: Khamis 23 Ogos 2018.
Paparan Terbaik
  • Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
Hubungi Kami
Alamat :
Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan
National Institutes of Health
Suites 55-1, 55-2, 55-3, 55-4
Setia Avenue, No.2 Jalan Setia Prima S U13/S
Seksyen U13 Setia Alam
40170 Shah Alam Selangor 

Hubungi :
Tel  :  +603 3346 6400
Fax  : +603 3359 6014