Halaman Utama Urusetia QA Quality Assurance Programme (QAP) Malaysia
Quality Assurance Programme Malaysia

 

Sebelum QAP diperkenalkan, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) telah lama menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti berkaitan kualiti. namun, aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara individu oleh pengamal kesihatan melalui inisiatif dan minat sendiri. lantas, ini menyebabkan ketidakseragaman dalam pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti tersebut di semua institusi kesihatan. 

 

Maka, QA telah diperkenalkan secara rasminya pada Januari 1985 untuk meyelaraskan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti itu. Pada peringkat awalnya, indikator telah dibangunkan untuk Perkhidmatan Rawatan Pesakit sebelum dilaksanakan pada program-program yang lain secara berperingkat. Sehingka kini, 145 indikator telah dibangunkan untuk 9 program.

 

QAP di Malaysia telah mengadaptasi kombinasi 2 strategi iaitu National Indicator Approach (NIA) dan Hospital Specific/District Specific Approach (HSA/DSA) yang saling melengkapi.

 

Bagi membantu pelaksanaan QA, jawatankuasa (jk) telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan, program dan negeri. Masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab yang telah digariskan untuk melicinkan perjalanan QAP.

 

5 JK yang ditubuhkan adalah:

      i.       JK QAP Kebangsaan

     ii.       JK Teknikal QA Kebangsaan

    iii.       Urusetia QA Kebangsaan

    iv.       JK QA Peringkat Program

     v.       Pegawai Perhubungan Negeri QA

 

Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) akan membantu dalam perkembangan aktiviti-aktiviti QAP di negara ini selaras dengan keputusan JK Pemandu Inovasi yang telah melantik Institut ini sebagai Urusetia bagi JK QAP.

 

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
 



 

Paparan Terbaik

 

Paparan Terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini :286
mod_vvisit_counterSemalam :637
mod_vvisit_counterMinggu ini :2935
mod_vvisit_counterBulan ini :23062
mod_vvisit_counterSemua hari :1104316

Tarikh Dikemaskini


Waktu akhir dikemaskini:
Rabu 20 Ogos 2014
10:57